CARA PENYEDIAAN & PENGAMBILAN RUMPAI LAUT



Cara Penyediaan Rumpai laut
1.Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
2.Rendam kologen mentah yang telah dibasuh 3 hingga 8 jam

 *Rumpai laut akan mengembang.
3.Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
4.Campur sepeket 100gram kologen mentah dengan 2 hinga 3 liter air kosong untuk direbus
5.Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
6.Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng
*Kalau boleh elakan meletak daun pandan, sebab akan menyerap kandungan kolegen.
7.Simpan didalam bekas bertutup
8.Tunggu hingga sejuk dan simpan didalam peti sejuk.



 Ambil 3-4 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur, boleh dimakan begitu saja tanpa campur apa2 atau dimasukkan dalam jus minuman kegemaran, contoh Ribena atau Orange.

Kelebihan menggunakan kolagen asli ini, selain harganya yang jauh lebih murah dan bebas kimia, serta dapat dipelbagaikan rasa apabila diambil bersama minuman kegemaran, ia juga memiliki keistimewaan untuk dibuat masker wajah.

Caranya, cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang2 pori kulit, kemudian baru sapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi. Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori2 kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.

Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkan nya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit. Contohnya untuk kulit berminyak, sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

Bagi mereka yang berkulit normal pula, campuran madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya. Manakala bagi yang berkulit kering, boleh cuba mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.

Walau bagaimana pun, pengambilan kolagen ini sebagai pemakanan tambahan setiap hari akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dalaman diri anda secara keseluruhan, dan akan terserlah di luaran melalui wajah serta kulit badan yang tampak segar dan berseri dari hujung rambut ke hujung kaki.. 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment